2 Faktor Utama Kegagalan Yang Sering Kita Lupa!
Salam satu dunia (mak aii),
Saya ada menerima email yang saya rasa bagus untuk dikongsikan kepada rakan2 semua. Email nie datangnya dari saudara ISHAK WAHAB. Walaupun ianya seperti perkara biasa, tetapi perkara inilah yang sering kita lupa dan purak-purak lupa =)
2 Faktor Utama Kegagalan
1. Tiada Fokus

Perniagaan internet sangat luas dan bermacam-macam cara yang ada untuk dapatkan duit daripadanya. Inilah yang membuatkan mereka yang ‘gagal’ menjadi rambang mata dan cepat bertukar ke perniagaan lain setelah mengalami sedikit dugaan.
Akhirnya,
“Yang dikejar tak dapat, Yang kendong berciciran“
2. Tiada tindakan

Tindakan! itulah yang mengubah segalanya. Tanpa tindakan, tiada apa yang berlaku.Kita jangan terlalu takut untuk mencuba, jangan takut untuk ambil sedikit risiko. Ikut kata hati. Tidak menjadi satu kesalahan sekiranya tidak berjaya pada cubaan pertama, kedua, ketiga atau seterusnya.
“Thomas Edison hanya berjaya mencipta lampu setelah cubaan yang ke 2000 kali”
Perlukah saya ulang?? 2000x wahai kawan2…
Apa yang penting bangkit dari jatuh dan atur kembali strategi baru.
Ikhlas,
ISHAK WAHAB
*Terima kasih En Ishak kerana mengingatkan….







Sebenarnya perkara ini kita sudah mengetahui tentangnya. Tetapi kadangkala diri ini selalu mengulanginya kerana lupa.
Tersangatlah setuju bro…kita nie mudah lupa =)