Aku Give Up! Aku dah malas nak buat business online lagi…arhh! Jangan cari aku lagi…
Haha…ini apa akan berlaku kalau aku tak kuatkan semangat. Sebenarnya, bukan sahaja untuk business online, tapi apa-apa business sekalipun kita kena banyak bersabar. Seperti kata uncle saya, Donald Trump:
Aku setuju dengan kata-kata dia. Kita nie kadang-kadang dok asyik fikir masalah masalah dan masalah. Kalau kita ‘set’ kan dalam minda yang masalah adalah just part of life, part of business, insyaAllah kita tak akan risau dengan masalah yang ada atau yang akan datang. Kita ambil masalah sebagai satu peluang untuk menambahkan ilmu kita. Ilmu yang kita dapat dengan masalah adalah yang terbaik sebab kita perolehinya by the hard way kata pakcik saya lagi.
Cuba kita renung-renungkan nasihat pakcik Trump saya nie. InsyaAllah.
*Selalu dengar berulang kali, insyaAllah. Nasihat yang diberikan akan melekat kat dalam diri kita. Mungkin kawan2 ada sepatah dua kata nak berkongsi… =)






