Bagaimana cara buat duit dengan blog?”

Soalan yang selalu ditanya apabila bercakap berkenaan blog. Tapi ada jugak yang akan bertanya soalan macam nie;

eh! betul ke bila buat blog, kalau org buka blog kita boleh dapat duit?, cer citer cer citer

…emm susah nak jawap soalan cepu perak tue hehe…

Sebenarnya kawan2, membuat apa2 perniagaan pun bukanlah semudah yang disangka…semuanya perlukan usaha…yang konsisten dan sabar.

Walaupun dah ramai yang hidup dengan berBlog sepenuh masa, tapi mereka semua pun bukan terus berjaya. Ianya bermula dengan langkah pertama dan seterusnya. Jadi biar saya terangkan sedikit cara-cara yang boleh anda gunakan untuk buat duit dari blog anda.


Google Adsense

Ini adalah salah satu cara yang paling popular dan banyak digunakan. Dah ramai orang buat duit dengan Adsense. Anda hanya perlu register dengan Google Adsense dan dapatkan code untuk diletakkan pada website anda. Sekiranya anda menggunakan wordpress, anda boleh meletakan code tersebut pada bahagian Widget>Text. Sekiranya anda menggunakan theme yang ada ‘Adsense Ready’, then just masukan code tersebut pada ruangan yang disediakan. Ianya cukup mudah. Cuma anda perlu pastikan saiz banner yang ingin anda gunakan haruslah selari dengan ruang iklan yang disediakan. Anda boleh lihat contoh iklan Adsense yang saya letakan di website saya (lihat pada sitebar).

AdSense is how I earn around 35% of my income as a full time blogger and I would thoroughly recommend it as a way of monetizing a blog – especially for those just starting out.” – Problogger.net

Harap video nie sedikit sebanyak membantu…

 

Affiliate Programs


Affiliate nie maksudnya kita join program affiliate produk-produk yang sedia ada di pasaran. Kita register sebagai affiliators dan promosikan produk tersebut. Apabila ada pelawat melawati laman jualan tersebut melalui blog kita, setiap jualan yang berjaya, kita akan perolehi komision daripadanya. Contoh produk affiliate yang boleh kita promosikan adalah Blog CommerceRM50 adalah komision yang diberikan bagi setiap jualan yang berjaya melalui blog anda. Cuba bayangkan sekiranya ada 100 pelanggan yang membeli produk tersebut dari blog anda? Emm…lumayan.

Bagaimana nak promote produk affiliate? Antara caranya adalah membuat produk review untuk produk tersebut dan juga letakan banner yang disediakan pada sitebar blog kita. Anda boleh lihat contoh seperti produk-produk yang saya letakan pada sitebar blog saya.

 

Jual Produk Sendiri

Ini adalah satu cara buat duit yang paling saya sarankan kepada sesiapa yang bercadang untuk membina empayar perniagaan internet dengan lebih serius. Anda berniaga produk sendiri dan dari masa ke semasa anda upgrade perniagaan anda sehingga ada jenama atau brand anda sendiri. Ini adalah perniagaan yang sebenar dan boleh melangkah dengan lebih jauh.

Tapi, dari mana nak dapat produk? Kalau buat full time boleh la jual produk sendiri nie. Bukan senang nak cari produk, nak simpan stok, nak maintain stok dan sebagainya. Modal mestilah besar. Emm…sebenarnya ada cara mudah untuk berniaga sendiri, maksud saya berniaga tanpa perlu menyimpan stok dan tanpa perlu membeli stok. Sistem tersebut dikenali sebagai Sistem DropShip.

Rajah diatas menunjukan secara ringkas tentang sistem dropship.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mencari pengedar-pengedar di internet yang menyediakan khidmat dropship dan menyediakan harga yang lebih menarik serta murah. Kemudian kita buat blog yang menjual produk tersebut. Blog anda haruslah menjual produk-produk yang berkaitan dengan produk tertentu sahaja. Anda tidak digalakan untuk menjual pelbagai jenis produk yang tidak berkaitan di dalam satu blog. Ini dipanggil konsep NICHE (Pengkhususan). Kenapa perlukan Sistem DropShip konsep niche? Saya akan terangkan pada post yang akan datang =). panjang citernyer.

Saya memulakan perniagaan pertama saya di internet dengan sistem ini pada tahun 2007. Dan sehingga sekarang saya masih melakukannya. Antara blog terawal saya; www.malaysiagolfer.wordpress.com dan www.malaysiangolfer.info.

Jadi, di atas adalah di antara beberapa teknik yang boleh kita gunakan untuk generate pendapatan dari blog kita. Sebenarnya bukan itu sahaja, ada banyak lagi dan saya akan ceritakan di dalam post2 yang akan datang. Just stay with us =)


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...