Kenapa saya tiba-tiba kata begitu?

Ya, ianya sebuah seni bagi menarik pembaca untuk terus membaca dan mengikuti perkembangan blog post atau artikel terbaru kita. Bukan semudah yang disangka tetapi ianya cukup mengujakan.

Anda seperti seorang pengarah filem yang berusaha untuk menghasilkan karya yang hebat. Blog adalah sebuah karya seni

Bayangkan bertapa gembiranya kita jika melihat pelawat terus datang dan datang. Apa lagi jika mereka Share artikel kita ataupun memberikan komen. Rasa cukup bahagia. Rasa seperti usaha penat lelah kita menulis artikel selama ini cukup berbaloi =).

Saya sendiri pernah lihat pengalaman salah seorang customer blog jualan saya, masa tue dia baru belajar buat blog dan mula memasukan entry post. Waktu tue kalau tak salah saya jam 4 pagi (customer service mantap haha) Masa kami tengah update blog masing-masing, saya tengok muka dia dah mengantuk giler, tapi tetiba jer…segar bugar! Hilang terus rasa mengantuk. Melompat-lompat(saya tambah effect jer haha) dia bila tiba2 dia tengok dah ada yang komen kat post dia. Belum pun sempat buat promosi blog, dah ada yang komen. Saya sendiri rasa turut gembira. Ini bermakna usahanya tidak sia2 dan mula membuahkan hasil. Anda bayangkan sendiri, punya la dia semangat, dalam masa sebulan dia berjaya prepare lebih kurang 100 post. Mak aii..saya sendiri pun tak mampu nak buat mcm dia. Tambah lagi dia bekerja. Memang respect giler. Ada masa boleh lawati blog beliau;

www.aquamania.info.

 

Saya selalu nasihatkan customer saya, jika nak berblog dan berniaga, kalau boleh cari niche atau topik yang kita minat. InsyaAllah ianya akan bertahan lama. Kalau boleh jangan semata-mata kerana nak cari duit,  buat tajuk yang kita suka, kita tak akan rasa bosan dan akan terus berusaha untuk memajukan diri. Contoh yang terbaik seperti blog aquamania.info, pemilik blog memang meminati ikan-ikan hiasan, jadi 100 post dalam masa sebulan adalah satu perkara biasa. Ini sebab beliau gembira dengan apa yang beliau buat.

Ada juga customer saya yang buat blog semata-mata kerana nak buat duit. Dan seperti yang kita semua maklum, jika tidak disertakan sengan minat, ianya cukup susah untuk bertahan lama. Yang lagi teruk kita akan cepat putus asa.

Ramai dari kita telah set mental yang perniagaan internet nie mudah, dan nak buat kerja senang. Tapi lama-lama bila takder pelawat dan pelanggan, mula la rasa bosan. Lepas tue kata perniagaan internet nie tipu jer..cerita dogeng.

Sebenarnya, apa-apa perniagaan sekalipun, kita perlu bersabar dan berusaha. Perniagaan internet kalau betul2 ikut caranya, insyaAllah. Kita juga tidak boleh mengaharap orang datang untuk membeli tanpa ada usaha. Teknik marketing yang betul itu penting. Tak boleh nak harap teknik percuma jer…jangan ingat sebar-sebarkan kat facebook itu sudah mencukupi, silap-silap orang bosan dan menyampah pulak dengan kita. Sebenarnya teknik percuma dan berbayar kena seiring.

Ada juga yang mengambil masa bertahun-tahun sebelum blog mereka menjadi terkenal. Dan ada juga yang hanya mengambil masa tiga bulan dan ianya tidaklah mustahil. Ianya sebuah seni dan karya. Ianya terpulang kepada usaha dan teknik kita.

Selamat berjaya kawan-kawan =)


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...