Blog J = blog jualan haha…

Salam kawan2 rakan sahabat samada handal atau tidak. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya bersama rakan2 lain menyiapkan minisite perkhidmatan kami. The Best Product Ever Created – The blog jualan =).

Ianya tidak mustahil…terpulang kepada diri kita sendiri…

So apa yang dikatakan dengan blog jualan nie? Sama macam website eCommerce ker?

Sebenarnya lebih kurang sama tapi tak sama! wah…apa yang hang dok merepek nie Budakboy, poning kopalo den nie hah! hehe…

blog jualan adalah satu sistem blog biasa tetapi ditambah feature ecommerce kat dalam dia. Ia lebih kepada berkonsepkan gaya santai sambil berniaga.

Kenapa blog jualan? Berniaga guna website ecommerce tue kan boleh…emm..

Sebenarnya berdasarkan pengalaman 5 tahun saya berniaga di internet, saya dapat belajar beberapa perkara penting:

————————————————————————————————————-

1. Kalau tuan puan nak berniaga dengan modal yang besar dan serius. Memiliki kompani yang dah establish macam Puncak Niaga atau Celcom. Ada budget yang besar untuk pemasaran (ini penting), then website eCommerce adalah yang terbaik.

2. Kalau tuan puan nak berniaga di internet dengan memiliki modal yang kecil dan peruntukan untuk pemasaran pun kecil, blog jualan adalah yang terbaik.

————————————————————————————————————-

Berblog adalah satu kaedah untuk mendapatkan traffic (bakal pelanggan) dan juga kepercayaan (kepercayaan adalah perkara utama untuk berniaga di internet). Pelawat2 akan mengenali kita dengan post2 yang kita tulis dan sediakan. Jika post2 kita bermanfaat dan berkualiti, mereka akan follow blog kita. Secara tidak langsung, apabila kita promosikan sesuatu, kita tidak lagi mengalami masalah untuk mendapatkan kepercayaan mereka. Itu adalah perkara yang paling best. Maksudnya kita membina kreadibiliti dan branding kita di internet.

Guna blog percuma mcm blogspot kan boleh? Kenapa nak membazir pula…jawapannya ada kat post saya yang sebelum nie =)

Blog juga merupakan sebuah Headquaters kepada perniagaan kita sementara Facebook, Mudah.my, eBay dan lain2 adalah Cawangan Pemasaran kepada produk2 kita.

Gambar hiasan jer, tapi lebih kurang gini la saya yang maksudkan. 'You' yang kat tengah-tengah tue ibaratkan BLOG anda.

Ada yang menumpukan sepenuh perhatian dengan berniaga di Facebook atau Mudah.my, tidak salah cuma ruginya kita tidak brandingkan diri kita dan produk kita. Kenapa kita tidak membina empayar perniagaan sendiri. Contoh yg terdekat adalah redmummy (beliau telah brandingkan diri beliau sebagai ‘redmummy’, bila sebut redmummy, ramai yang dah kenal)…disamping berbloging, beliau juga berniaga produk sendiri dan membuat servis pengiklanan di blog beliau. Kalau tuan2 congak sendiri, dengan pengiklanan sahaja, beliau sudah ada RM5k sebulan dalam tangan. Belum campur yang lain2 seperti produk sendiri lagi…perhh…best bukan?

Guna blog percuma dan Facebook Page jer tak boleh ker? save budget sikit! Tajuk nie pun saya dah tulis sebelum nie =)

Jadi, citer panjang pun tak guna hehe…ini apa yang saya maksudkan:

www.askbudakboy.com/blogjualan

Terima kasih kepada yang membantu menjayakan projek nie =)

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...