‘Dah la save, nak save lagi!’…lepas tue tensions sebab takde pelanggan!
“Dah la save, nak save lagi!…lepas tue tensions sebab takde pelanggan”
Emm selalu jugak dengar komplain-komplain yang macam tue…makin hari makin ramai. Yang sedihnya…dorang kata business online nie sebenarnya sebuah cerita dongeng…
Dorang kata lagi “Pengguna internet kat Malaysia mencecah 16juta, takkan sorang pun tak mau beli produk aku? Arhh aku tertipu…”

So mesti jugak ramai yang tertanya-tanya di mana salahnya…meh saya kongsikan sedikit tips…
Apa yang saya maksudkan dengan:
Dah la save, nak save lagi…
Kebanyakan dari kita selalu tersalah sangka, kita ingat nak buat business kat internet nie tak perlukan banyak duit dan tak perlu pun keluarkan duit. Apa yang kita diajar, buat blog atau Facebook Page FREE , masukan produk, then promote kat facebook profile kemudian tag kawan2 dengan harapan ianya sudah mencukupi.
Adakah tindakan dan anggapan anda itu betul??
Saya tak nak cakap ianya salah atau betul, itu terpulang kepada diri kita masing-masing untuk membuat penilaian sendiri.
Kita kena ingat, setiap perniagaan, semuanya perlukan modal. Yang paling penting adalah ‘peruntukan untuk Marketing’. Sangat Penting. SUPER penting.

Tahukah anda berapa harga untuk promote produk anda di billboard?
Kalau syarikat yang dah terkenal macam Celcom, Maxis, Adidas dan Nike pun masih buat marketing bernilai jutaan ringgit, inikan pula kita yang masih belum dikenali.
Secara logiknya, kenapa syarikat-syarikat besar yang dah terkenal nak habiskan duit untuk buat marketing? Lagipun semua orang dah kenal mereka. Kenapa nak bazirkan duit lagi. Sapa yang tak kenal Giant? sapa yang tak kenal TESCO? Even anak saya yang berumur 3 tahun pun dah boleh sebut Teshko! Teshko! bila dia nampak logo Tesco kat dalam majalah PA&MA.
Kenapa mereka masih berbelanja besar untuk marketing? Anda jawaplah sendiri…
Jadi…jawapan kepada ayat saya di atas;
Perniagaan internet dah la murah! itupun nak lagi murah! Save budget gila-gila…
Kalau ikutkan, orang berniaga sanggup sewa tapak kedai beribu-ribu ringgit sebulan, belum kira gaji pekerja dan so on lagi tue. Usaha untuk majukan perniagaan mereka jangan cakap lah. Awal pagi dah buka kedai, malam baru tutup. Satu hari kedai tutup bermakna rezeki tak masuk.
Dah la guna tapak kedai online free jer (blogspot atau facabook page), nak marketing pun nak save lagi, nak cara percuma jer…lepas tue bila takder pelanggan tensyen sendiri =).
Saya tak cakap marketing percuma tue tak penting, tapi yang paling bagus kedua-duanya kena gerak seiring. Untuk yang percuma, anda tak perlu tag kawan-kawan. Semua orang dah fedup asyik kena tag dengan gambar-gambar produk jer. Apa yg anda boleh buat adalah buat customer servis yang mantop kepada bekas pelanggan anda. Mereka sebenarnya mampu membawa pelanggan lagi dan lagi. Itu baru dikatakan marketing percuma =).
Anda perlu peruntukan sejumlah wang untuk marketing. Itu adalah satu perkara WAJIB!
Untuk teknik-teknik marketing, anda boleh refer post-post saya kat dalam blog nie dan juga yang akan datang =)
Semoga ianya bermanfaat kepada kita bersama. Harap dapat sebarkan kepada rakan sahabat kita yang lain.
*Kenapa saya tak sarankan penggunaan blog percuma untuk perniagaan online? Sini jawapannya =)







” dah la save, nak save lagi”….sungguh tertarik dengan kata2 ni
nice sharing boss!
akmal najiy recently posted..Superior Cotton Roundneck
Hehe tq tuan..nie perkongsian berdasarkan pengalaman jer tuan..harap bermanfaat kepada kita bersama. Amin
betul, mesti ada duit untuk promosi. Hoho..
sayacomel recently posted..Comel Serius – Belajar tulisan jawi
Kene cari duitt nihh….promo oh promo.TQ bro
Hehe…betul Puan Mona, apa2pun, kena ada duit jugak, sekurang2nya sedikit mesti ada untuk modalkan business…Part marketing jangan dilupakan =)
Smagat nk promo nihhh
M recently posted..SHAWL SOFT COTTON AWNING DENIM
Kalau buat promosi melalui online lebih rendah kos berbanding promosi secara fizikal. Dekat Malaysia masih belum dapat menerima viral marketing mengunakan e-mail, facebook dan Twitter.
akubiomed recently posted..Filem hantu seram yang diingati
Saya setuju dengan tuan…
Jadi ayat yang betul ialah, “dah la untung nak untung lagi”…maknanya lebih yang kita laburkan untuk promosi, lebih yang kita akan dapat
Luvleey recently posted..Tutorial 1 – Tukar Community Page ke Fan Page Syarikat Anda
hahaha..tepat sekali cik Luv =)