What means by information overflow?  Apa maksudnya maklumat yang terlebih?

Kan bagus kalau kita ada banyak maklumat@input Budakboy!  Apa salahnya?

 

Memang sepatutnya begitu. Tapi, setelah 4 tahun belajar dan  ’bergelumang’ dalam dunia business internet tanpa sempadan nie, actually saya belajar satu perkara penting dan saya rasa ianya patut dikongsi.

Dalam dunia internet nie, terdapat berbilion-bilion maklumat. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Kalau nak diikutkan, nak dicedok semua tue memang sampai bila2 pun takan habis. Ya ianya takkan habis. Terlalu banyak.

Kalau kita tak pandai nak tapis yang mana penting dan yang mana tidak. Akhirnya kita akan merugikan masa kita yang cukup berharga nie.

Bagaimana budakboy? Cerita sikit macam mana nak tapis nie…guna penapis teh ker…

1. Tetapkan matlamat hidup dan halatuju kita.

Dalam hidup nie, sepatutnya kita kena tetapkan matlamat. Apa kita nak jadi suatu hari nanti. Kita kena ada matlamat yang jelas. Kalau tak, then kita akan jadi seperti lalang. Angin tiup ke kiri kita kekiri, kalau ke kanan kita pun kekanan. So hidup kita nie takder specialnya.

2. Pilih bidang yang kita minat.

Kita kena pilih, apa bidang yang kita minat. Hadiri seminar mengenal diri dan kenali kekuatan kita, kenali minat kita. Kadang-kadang kita sendiri tak tau apa kekuatan dan minat kita. Setiap manusia diciptakan dengan kelebihan masing-masing. Ada yang suka mengajar, ada yang suka mencipta, ada yang suka binatang dan bermacam lagi. Jadi, cari apa minat kita.

3. Fokus Fokus Fokus

Kalau bidang tue terlalu luas, contohnya perniagaan internet, kita kena fokuskan lagi kepada bidang yang lebih kecil seperti Perniagaan Produk fizikal. Kalau boleh, kecilkan lagi kepada barangan tertentu. Seperti saya, saya juga memfokuskan kepada penjualan produk fizikal. Saya jual peralatan golf. Jadi, maklumat yang saya cari adalah hanya bersangkutan kepada penjualan produk fizikal; golf. Maklumat2 lain saya ketepikan dulu@delate jer =). Jangan risau, kalau suatu hari nanti kita perlukan, kita just ‘Google it out’. Mudah! hehe…

4. Cari maklumat tentang bidang kita sahaja.

Bila kita dah tahu halatuju kita, jadi jangan buang masa, cari maklumat hanya bersangkutan dengan bidang yang kita fokus itu sahaja. Yang lain tolak tepi dahulu, kalau datang jugak, seimbas pandang sahaja. Belajar dan kumpul ilmu mengenai apa yang kita minat itu sahaja. Sebanyak mungkin!

5. Pasarkan diri anda dengan minat dan kelebihan anda.

Yang bagusnya, kita akan menjadi ekspert di dalam  bidang yang kita fokuskan nie. Macam saya, ramai orang kenai saya dengan Budakboygolf…eh sapa tue? oh, itu la Budakboygolf…tokey golf online =)

Bila kita pakar dalam sesuatu bidang, orang akan lebih percaya untuk membeli dengan kita. Pelanggan akan anggap kita nie master/pakar dalam bidang nie. So sedikit sebanyak rating kita akan meningkat.

Semoga panduan di atas berguna buat saudara. AMIN =)

Jika anda berminat untuk menerima update coretan tebaru, sila berikan alamat email anda dan saya akan email sekiranya ada coretan terbaru. Semoga coretan saya berguna kepada anda.


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...