Menurut kajian (tak rasmi):

Blog yang baru bermula kebanyakan memakan masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk menjana traffic/pelawat yang konsisten.

Jadi, apa yang En Budakboy cuba terangkan nie?

Bina blog anda SEKARANG! hehe…hup hup hup…

Sebenarnya, untuk memulakan perniagaan di internet, kita tak perlu tunggu sehingga kita ada produk dan kemudian barulah nak membuat BLOG. Kita sepatutnya memiliki blog sendiri bermula dari sekarang. Bermula sebelum kita ada produk untuk dijual.

Kenapa orang suka lawati blog kita…?

Kebanyakan orang suka mencari dan membaca informasi percuma, coretan kisah hidup dan juga tentang situasi semasa. Cara dan gaya penulisan kita sebelum kita ada produk mungkin berbeza dengan semasa kita sudah ada produk. Setelah ada produk, secara tidak sedar tulisan kita akan lebih menjurus kepada PROMOSI PROMOSI dan PROMOSI. Orang sebenarnya BOSAN dengan blog sebegini.

Untuk mengelakan ianya berlaku, kita sepatutnya bermula dari sekarang, sebelum kita ada produk untuk dijual. Jadi tulisan kita akan nampak lebih natural dan santai. Kebanyakan dari kita suka blog natural sebegini.

Selain itu, untuk berniaga di internet, kita perlukan kreadibiliti dan kepercayaan bakal pelanggan. Anda perlu membentuk kreadibiliti anda terlebih dahulu. Salah satu cara mudah adalah dengan berBLOG.

Contohnya: Apakah perkara pertama yang kita ambil kira jika ingin membeli sesuatu produk di internet?

Saya berani jamin, kita akan lihat kepada Siapakah Penjual tersebut dan Adakah Beliau Boleh Dipercayai.

Jadi, dengan adanya blog sedikit sebanyak kita dapat menambah kreadibiliti kita kepada bakal pelanggan. Mereka akan lebih kenal kita dengan blog dan penulisan kita.

Semoga coretan ini sedikit membantu. Lets have a BLOG now hehe…


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...