Perkongsian Pengalaman Ngeri Sebagai Ikhtibar Kepada Para Perniaga Di Internet!
Salam kawan2, kali nie saya nak berkongsi sedikit tentang cerita sedih member saya yang menggunakan perkhidmatan PERCUMA. Semoga kita semua dapat ikhtibar dari pengalaman beliau. Bersabar ya wahai sahabat…
Nak share sikit pengalaman sedih kat sini (sorry):
Saya sebelum ni guna web hosting percuma (diperkenalkan oleh seorang rakan), 000Webhost, pada mulanya memang menarik dapat webhosting free walaupun tak guna domain sendiri. Service pun ok sebab bandwidth 100 GB, space pulak 1.5 GB, ada phpmyadmin, email, FTP dan sebagainya macam taraf hosting personal package.. boleh dikatakan 4 bintang la.
Dalam tempoh 5 bulan saya bekerja keras untuk dominate google melalui SEO, publish post at least sekali sehari. Akhirnya saya dapat juga kepuasan yang dicari apabila dalam seminggu ni dapat unique visitors dalam 2000 sehari dan pageviews pulak 5000++ sehari. Duit pun dah mula masuk.
Tapi malam tadi, ada seorang bertanya saya kenapa tak boleh access blog saya tu. Saya pun buka blog saya dan ia redirect ke 404 error page yang tertera iklan dari 000webhost. Bila saya cuba login ke cpanel keluar mesej yang account saya telah ditamatkan dan suruh check pada TOS. saya memang pasti yang saya tak pernah langgar TOS mereka. Jadi saya submit ticket minta penjelasan dari mereka untuk bertanya apa sebabnya account saya ditamatkan dan mana satu term yang saya telah langgar. mereka cuba mengelak menjawab dengan atas alasan keselamatan ia tidak boleh didedahkan. Bukan setakat itu bila saya minta untuk restore fail-fail untuk saya download pun tak boleh. Punca utama saya marah sebab mereka tak hantar pun warning atau apa2 notification sebelum batalkan account tu.
Jadi saya search untuk cari maklumat tentang 000webhost, memang seperti dalam jangkaan, ia sebenarnya scam terutama program affiliate yg ditawarkan tidak akan dibayar. Sebenarnya dah lama saya rasa ada yg tak kena dengan 000webhost ni terutama bila saya login ke cpanel kerap kali nampak server2 lain down akibat serangan DOS. Rupanya serangan itu datang dari orang yg tidak puas hati dengan mereka (memang terlalu ramai yg x puas hati termasuk saya gak). Manakala yang lebih saya pelik bila tengok ranking kat alexa.com terlalu kerap sub domain yg high traffic berubah-ubah. Sekarang ni baru saya faham teknik yang digunakan oleh webhost ni dan kenapa ia offer free.
Sebenarnya sub domain tu hilang sebab ia telah dibuang oleh 000webhost. Antara sebab utama dibuang adalah strategi pemasaran mereka, bila web/blog kita sudah ramai visitors maka peluang untuk iklan melalui 404 error page mereka adalah sangat tinggi. Google atau search engine yang lain akan mengambil masa untuk remove sepenuhnya website kita.so, mereka akan dapat keuntungan dengan jumlah visitor organic tersebut
Matlamat utama mereka adalah mencari pelanggan yg betul-betul nak upgrade ke premium tanpa mempedulikan yg free hosting. Free hosting ni sebenarnya hanya jentera pemasaran mereka saja dianggap macam boneka. Selain tu keuntungan adalah target utama bukan lah kepuasan pelanggan. Saya juga dengar yang premium hosting juga ada masalah dengan server. Saya pasti orang yang ditipu oleh 000webhost ni tak kan diam diri.
Iktibar:
*Jangan percaya dan terlalu gembira bila dengar sesuatu tu diberi percuma. Sebenarnya ada udang disebalik batu. Pasti ada sesuatu kenapa ia free. Kalau anda tak jumpa juga fikir lagi sampai dapat tahu sebabnya. Mungkin google dapat bantu anda mencari sebab tersebut.
* Kalau nak cuba-cuba hosting, lebih baik beli domain sendiri dan host pada yg berbayar. Sebab 50% keatas orang yang cuba-cuba ni akan jadi serius, so better mula dengan dengan cara yg perit tapi berakhir dengan gembira, sebab kalau mula seronok tapi berakhir dengan perit tak de gunanya.
* Sentiasa buat back up file dan database bila hosting ni.
* Bagi penyedia perkhidmatan jangan menipu customer macam ni.. jangan terlalu ambil kesempatan pada customer atas usaha mereka. Sebenarnya menurut pembacaan saya kat buku Principles Of Marketing, kepuasan customer atau client adalah paling penting. Sekiranya mereka tidak puas hati dengan service kita, kita bukan sahaja hilang 1 customer je tapi boleh jadi berpuluh-puluh, beratus-ratus malah mungkin beribu-ribu kalau customer tu orang yang berpengaruh. Sebabnya apa? Ia konsep viral, contohnya jika seorang customer tak suka dengan service kita dia akan cerita misalnya pada 10 orang rakan2 dia. Menurut kajian orang lebih percaya cakap rakan mereka berbanding cakap jurujual. Jadi 10 orang tadi percaya dan setiap seorang cerita pula pada 10 orang rakan yang lain. Jadi sekarang kita sudah hilang 101 customer. bukan lagi 1. Alangkah baiknya kalau konsep viral ini berlaku sebaliknya.
* Jangan tipu pelanggan anda, tipu ni bukan sahaja membawa kepada dosa tapi mungkin membawa permusuhan atau dendam. Kalau kita jual produk digital/ service online dan ada musuh yang ramai amatlah malang. Terutama kalau musuh tu pakar IT (hacker). Pasti anda akan tanggung banyak kerugian akibat piracy ataupun kena serangan DOS. Dalam masa yg singkat bandwidth anda akan habis secara sia-sia. Kalau anda bersahabat dengan hacker ni sebenarnya lebih bnyak manfaat berbanding bermusuh dgn mereka, sebabnya mereka ni ramai yg bersifat freelancer. Mereka mungkin secara rela offer kepakaran mereka kepada anda.
~ Maaflah kongsi cerita sedih kat wall awam. Harap2 ada la sedikit iktibar atau pengajaran yg boleh diambil. Saya harap anda tidak jadi seperti saya.. terpaksa mula semula dari ZERO walau dah nak smpai puncak.
Ini blog baru beliau www.mahadirlab.com dan segalanya terpaksa bermula dari langkah pertama. Beliau berkongsi pengalaman beliau sebagai panduan kerpada kita semua. Terima kasih en Mahadir Ahmad atas perkongsian nasihat yang diberikan. Ianya merupakan tuition fees yang mahal buat beliau…
Apa yang beliau alami adalah sama seperti kisah member saya yang berniaga di Facebook. Kesian mereka…mari kita kongsikan kisah mereka supaya tak ramai lagi yang akan terkena. Ilmu dan nasihat yang desebarkan adalah sesuatu yang cukup berharga…mudah-mudahan. Amin








Salam..
aku dulu ada jugak blog di 000webhost ni, tapi tak lama. terus tukar hosting. Selalu dengar orang cakap yang hosting free ni akan ada bnyak masalah di kemudian hari. So, aku taknak ambil risiko, beli je hosting dengan domain sekali, tak payah risau da.
Simpati dengan nasib bro yang blog di removed tu…
Iqbal recently posted..Aku Blogger Baru La Bang!!
Aa betul, saya pun dulu pernah guna yang free, guna wordpress jual barang golf. Sekarang dah tab boleh buat post, wordpress kata, kalau nak buat post lagi kena share keuntungan business dengan dia…emm…ada udang dalam selimut rupanya =)
Tapi betul jugak, kalau nak business kenapa kita nak terlalu berjimat kan. Apa2 business pun mesti ada modal. Kalau terlalu berjimat, lambat sikit la nak berjaya…
Sekadar pandangan =)