Saya berminat berniaga di internet tetapi saya tidak tahu bagaimana nak bermula…
Itu adalah persoalan yang selalu saya dengar dan selalu diutarakan. Jadi saya rasa terpanggil untuk menjawap persoalan tersebut dan saya akan cuba menjawapnya berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Hanya 3 langkah mudah untuk memulakan perniagaan internet…emm…oh mudahnyer!!!

#Langkah 1:
Anda perlu memiliki blog anda sendiri sebagai tapak kedai anda untuk berniaga di internet. Ini adalah perkara paling asas. Ada yang berkata; kita tidak perlukan blog atau web untuk berniaga di internet. Saya sangkal pendapat tersebut!. Bagi saya, blog atau web adalah proses PENJENAMAAN perniagaan anda untuk jangkamasa panjang. Bagaimana anda ingin menjenamakan perniagaan anda sekiranya perniagaan anda tiada NAMA! Pembeli ingin tahu dari siapa mereka membeli, sekiranya anda tiada blog atau website, bagaimana mereka boleh mengenali anda dengan lebih rapat?. Dan untuk membentuk penjenamaan, ianya memakan masa. Jadi anda sepatutnya bermula dari sekarang. Ya, sekarang!
Anda tidak disarankan menggunakan Facebook atau blog percuma sebagai tapak atau ‘base’ perniagaan anda. Sebenarya, Facebook atau blog percuma hanyalah medium untuk marketing dan tidak sesuai dijadikan TAPAK perniagaan anda. Anda disarankan memiliki blog jualan anda sendiri. Ianya sedikit sebanyak akan menaikan kredibiliti perniagaan anda di mata bakal pelanggan anda. Itupun sekiranya anda benar-benar serius untuk berniaga.
Tapak Perniagaan dan medium untuk marketing adalah dua perkara yang nampak sama tetapi tidak sama…


#Langkah 2:
Mencari produk untuk dijual. Samaada anda memiliki produk sendiri, ataupun anda boleh menggunakan sistem dropship. Ada banyak teknik untuk mendapatkan produk untuk dipasarkan. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut di post-post yang akan datang.
#Langkah 3:
Memulakan pemasaran online dengan teknik yang betul. Ini adalah perkara TERPENTING yang selalu kita ambil mudah. Ramai yang abaikan perkara tersebut dan hanya menumpukan kepada pembinaan tapak atau produk sahaja. Sebenarnya, pemasaran adalah merupakan perkara terpenting. Anda pernah dengar pepatah
“Kalau teknik marketing anda power, tahi hidung pun boleh dijual…” ?

Mudah bukan? Ya ianya cukup mudah. Tapi saya berani potong jari (jari anda hehe), walaupun nampak mudah namun tak ramai yang berani mencuba.
Alaaa….ini semua orang tau…takyah cakap pun kami tau…apa la Budakboy nie…kacang jer nie….
Daripada pemerhatian saya, kebanyakan dari kita; ala…boleh ker berniaga? em kalau rugi bagaimana? em susah la..bla bla bla…dan sebagainya…
Saya sudah berniaga menggunakan blog lebih kurang 5 tahun…namun masih banyak yang saya perlu pelajari…jadi, sekiranya anda tidak mamulakan langkah pertama anda sekarang…BILA LAGI? Setiap detik masa anda yang berlalu adalah sangat-sangat berharga…
Anda semua harus ingat…kita ini Rakyat Malaysia…orang lain berjaya di negara kita, kenapa tidak kita???







taik idung so! hehe
ohbulan recently posted..Buat Duit Online Dengan Edymart 5Minit!
Ini namanya teknik marketing T#$i Idung =)
tips yang bagus. Terima kasih kerana berkongsi.
sayacomel recently posted..Comel Sangat – Berehat.